Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 15- Pecahnya Tembelang



            Cuti semester pertama hampir tiba. Hartini menyatakan kegembiraannya kepada Nora kerana Satiah akan datang menjemputnya bersama bapanya nanti. Dia juga berhasrat untuk memperkenalkan Satiah kepada Nora. Selepas konflik terjadi antara Hartini dan Junaidah, kelibat Junaidah jarang-jarang dilihat di dalam bilik mereka kerana dia menumpang di bilik sebelah iaitu bersama rakan karibnya Salha. Ketika di dalam kelas, Hartini, Nora dan Najmi telah dipanggil untuk balik ke asrama kerana ada pemeriksaan mengejut di bilik mereka. Apabila digeledah, polis Cawangan Narkotik telah menjumpai pil ecstacy di dalam kotak kecil di dalam laci Hartini. Akibatnya Hartini telah ditahan di lokap. Encik Hasrul menyarankan dan meminta jasa baik  pengetua untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di kawasan asrama bersama dengan pihak polis sewaktu proses pembelajaran berjalan. Tindakan itu menemui kegagalan tetapi keanehan tingkah laku Encik Kancho, pengawal keselamatan asrama telah menimbulkan kecurigaan. Kelalaian Encik Kancho telah meninggalkan bukti kepada pihak polis dan pihak polis telah menjejaknya sehingga dia ditahan disebuah restoran di bandar Kuantan ketika menyerahkan sejumlah pil itu kepada pelanggannya. Kehadiran Satiah, ibu bapanya dan ibu bapa Satiah melawatnya di lokap menimbulkan suasana sedih tetapi Satiah memujuknya kerana Hartini memang didapati tidak bersalah. Pengetua yang hadir sama juga meminta maaf kepada Hartini atas segala yang berlaku.

No comments:

Post a Comment