Pages

Tuesday, September 4, 2012

MERENANG GELORA - Bab 5 - Pertemuan



Jamil yang balik awal daripada gerai ibunya ternampak Badri dengan Siew Mei, lantas mengusik Badri sebagai romeo (mata keranjang). Kebetulan maklumat Siew Mei tadinya ada kaitan dengan dengan sikap curang Jamil, iaitu bersekongkol dengan kumpulan Meng Kong, Kumar dan Shahrul. Badi mengajak Jamil ke restoran makanan segera yang sama, lalu terus melepaskan "peluru" tentang tembelang yang disimpan oleh Jamil selama ini. Jamil terkedu, enggan makan dan sebaliknya terus pergi dengan rasa malu. Badri menganggap tindakan Jamil itu bagai satu pengakuan. Siew Mei mendedahkan semua kegiatan Meng Kong kerananya abangnya, Ah Meng bekerja di kedai telefon bimbit ayah Meng Kong. Kehilangan telefon bimbit, aksesori dan kad prabayar semuanya dicatat oleh Ah Meng. Siew Mei merayu Jamil supaya membantu Ah Meng kerana dia tempat bergantung keluarga mereka. Namun, mereka mesti mengumpul bukti. Badri akan mendesak Jamil supaya memberi maklumat yang diperlukan, serta berhenti berurus niaga secara haram itu. Tiba-tiba Badri akan Nadira (anak buah Mak Alang, isteri bapa saudaranya) yang mungkin diperangkap oleh Shahrul, tetapi sikap Nadira yang angkuh sukar untuk diubah. Jalan akhir yang difikirkan oleh Badri untuk menyelamatkan Nadira ialah memberitahu Mak Alang. Badri tidak mahu diburu perasaan bersalah kerana tidak berbuat apa-apa

No comments:

Post a Comment