Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 6 – Senyuman Satiah Mulai Tawar



            Satiah mendapat rawatan awal daripada pihak hospital. Dia dibenarkan pulang pada malam itu. Pihak hospital telah mengambil contoh darah, air kencing dan kahak Satiah untuk dihantar ke Makmal Kaji Penyakit. Pada malam itu, Pak Morit  dan Mak Sukin bermalam di rumah Encik Hasrul. Kira-kira jam 3 pagi, Satiah mengaduh perlahan. Hartini terjaga dan membancuhkan segelas susu untuk Satiah. Keesokan hari, rakan-rakan di sekolah sibuk bertanya tentang Satiah. Sinda mengajak rakan-rakan menziarahi Satiah yang sedang sakit di rumah Hartini. Pada petang itu, rakan-rakan sekelas Hartini datang melawat Satiah bersama-sama Cikgu Malik dan Cikgu Anis. Ibu Hartini dan Mak Sukin menjamu mereka dengan cempedak goreng dan kopi O.  Ayah Hartini berjanji akan mengadakan kenduri besar-besaran sekiranya mereka semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti. Janji Encik Hasrul menjadi pembakar semangat dalam dada murid-murid Tingkatan Tiga Teratai. 

No comments:

Post a Comment