Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 4 – Masalah Satiah


            Hartini berasa beban yang ditanggung menjadi ringan setelah bercerita kepada ibunya tentang masalah Satiah. Ibunya memanjangkan berita itu kepada ayah Hartini dan ayahnya berjanji akan menziarah keluarga Satiah dengan alasan atas urusan kerjanya. Keesokan harinya, Hartini ke sekolah dan dia tidak sabar memberitahu hal tersebut kepada rakan-rakannya. Hartini mencari Satiah dan mendapati Satiah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Aton, jiran Satiah menyatakan bahawa Satiah tidak hadir ke sekolah kerana demam. Hartini ingin menziarahi Satiah tetapi dilarang oleh Ambok. Akhirnya mereka bersetuju menunggu berita daripada ayah Hartini yang akan menziarahi keluarga Satiah. Pada petang itu, ayah Hartini memaklumkan bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan Pak Morit kerana Pak Morit ke hutan untuk mencari ramuan ubat-ubatan untuk Satiah. Hartini terkejut dengan tindakan Pak Morit yang hanya memberi daun dan akar kayu untuk mengubati penyakit Satiah. Ayahnya menjelaskan bahawa masyarakat Orang Asli masih mengamalkan perubatan tradisional. Setelah dua hari, Satiah masih tidak hadir ke sekolah. Hartini segera mencari Aton untuk bertanya khabar Satiah. Aton memberitahu bahawa Satiah sudah beransur pulih. Semasa waktu rehat, Cikgu Malik berjumpa dengan Hartini dan memaklumkan hasratnya untuk melantik Hartini asebagai ketua Kelab Komputer. Pada mulanya, Hartini  agak keberatan menerima jawatan tersebut tetapi setelah dipujuk oleh Cikgu Malik, Hartini bersetuju. Ayah Hartini menyambut baik berita pelantikan Hartini dan berharap Hartini dapat belajar tentang komputer dengan lebih mendalam. Hartini bertanyakan perkembangan Satiah kepada ayahnya. Ayahnya memberitahu sebab-sebab Pak Morit melarang anaknya bergaul dengan orang lain. Hal ini kerana peristiwa hitam yang telah menimpa anak perempuannya yang pernah belajar di Jerantut. Ayah Hartini telah meminta kebenaran daripada Pak Morit supaya membenarkan anaknya Satiah belajar bersama dengan Hartini dan rakan-rakannya di rumahnya nanti. Ayah Hartini juga menjamin keselamatan Satiah dan akan bertanggungjawab terhadap Satiah. Akhirnya Pak Morit bersetuju membenarkan Satiah belajar bersama-sama Hartini dan dia juga bersetuju menyerahkan Satiah sebagai anak angkat Encik Hasrul.

No comments:

Post a Comment