Novel ini
memaparkan kisah seorang pelajar bernama Badri yang baru dilantik menjadi
pengawas.Perasaan teruja menjadi pengawas wujud dalam dirinya. Di sekolah dia
mempunyai rakan baik bernama Jamil yang berbeza dari segi prinsip hidupnya.
Kehadiran pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi pertelagahan pendapat antara
Badri dan Jamil mengenai perempuan tetapi berakhir dengan pedamaian.
Peristiwa
Badri terserempak dengan Meng Kong dan rakannya di tandas menyebabkan Badri
disiram air semasa di tandas oleh pelajar yang tidak dikenali. Badri pulang
awal dari sekolah untuk menukar pakaian dan meminta keizinan ibunya untuk ke
perpustakaan seterusnya ke rumah Pak alang untuk belajar silat. Apa yang
berlaku tidak melemahkan semangatnya malah berusaha menjejaki pelajar tersebut
dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru
disiplin iaitu Cikgu Jalani .
Semasa
pulang dari sekolah Badri mendapati nota kecil di poket seluarnya. Nota
tersebut daripada Siew Mei yang ingin menceritakan aktiviti haram Meng Kong
serta penglibatan Jamil . Badri kecewa kerana Jamil merahsiakan darinya dan
hubungannya semakin renggang. Kakak Nadira menegur pakaian yang dipakainya
tetapi Nadira memarahi kakaknya pula. Badri bertemu Nadira di perpustakaan
untuk menceritakan tentang Sharul tetapi tidak dipercayai oleh Nadira.
Tatakala
Nadira bersama dengan Shahrul dan rakan-rakan rempitnya,pihak polis menyerbu
kumpulan tersebut dan menahan Nadira dalam ketakutan ditinggalkan Shahrul,
selepas disoal siasat Nadira dihantar pulang dan dia dimarahi pula oleh ibu dan
kakaknya. Nadira menyesali perbuatannya dan ingin berbaik pula dengan Badri.
Hubungan baik antara Badri dan Nadira dicemburui oleh Shahrul malah menyimpan
dendam kepada Badri.
Jamil
menceritakan segalanya kepada Badri setelah dia dituduh mencuri telefon oleh
Meng Kong. Badri menasihati Jamil supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti
tersebut kerana beliau adalah anak harapan keluarga .Selain itu Jamil
sepatutnya membantu Meng Kong dan rakan-rakannya supaya tidak terus bergelumang
dengan aktiviti tersebut.
Badri
terdengar perbualan Shahrul dan rakan-rakan mengenai jualan telefon semasa
berjoging di tepi tasik. Namun Shahrul ternampak kelibat Badri lalu
menyerangnya tetapi dapat ditangkis oleh Badri. Dendam Shahrul kepada Badri
semakin memuncak dan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam terhadap
Badri.
Melalui
CCTV ayah Meng Kong dapat mengesan perbuatan anaknya sendiri mencuri telefon
bimbit dan beliau menyesal menuduh Idham dan Jamil. Ayah Meng Kong berjumpa
pengetua untuk mengenal pasti telefon bimbit yang dirampas pihak sekolah dan
memohon Meng Kong ditempatkan di asrama. Ketiga-tiga pelajar telah menerima
hukuman rotan oleh pihak sekolah.
Meng Kong
telah berubah menjadi baik, manakala Shahrul dan Kumar berusaha supaya Meng
Kong dibuang sekolah dengan memasukkan rokok di dalam beg Meng Kong namun
perbuatan Kumar telah dapat dihidu oleh Badri dan akhirnya Kumar menyesal atas
perbuatannya.Hubungan antara Badri dan Siew Mei semakin akrab dan ini
menyebabkan fikiran Nadira terganggu.
Badri
pernah ternampak Jamil berbual dengan bernama pemuda Amran dan tiga rakannya
yang mati ditembak oleh polis kerana mengedar dadah. Hal ini membimbangkan
Badri kemungkinan Jamil juga terlibat. Kematian Amran menyebabkan Shahrul
ketakutan kerana rahsianya akan dibongkar oleh Badri. Dia merancang melanggar
Badrul dengan motor,malangnya dia yang cedera parah kerana terhumban ke
longkang. Dia bernasib baik kerana Badrul serta kawan-kawannya pula segera
menghantarnya ke hospital
Tingkah
laku Shahrul masih tidak berubah dan tidak disenangi oleh rakan-rakannya.Hal
ini demikian kerana ibu bapa tidak mempeduli langsung tentang dirinya.
Perbuatannya menyorok telefon di dalam beg Badri akhirnya diketahui oleh Cikgu
Jailani. Oleh sebab ketakutan Shahrul hilang fokus seterusnya terlibat dalam
kemalangan jalan raya.
Setelah
tamat peperiksaan SPM Siew Mei ke Jepun kerana menziarah kakaknya . Kesempatan
yang ada memberi peluang Siew Mei mempelajari bahasa Jepun . Badri dan Taufik
bekerja sambilan di resort bapa saudaranya di Terengganu. Apabila keputusan SPM
diumumkan Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik menperoleh 7A
Badri
menjadi doktor perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur manakala Siew Mei
menjadi doktor gigi. Jamil menjadi pemilik resort di Terengganu setelah
menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan pelancongan. Sharul dan Kumar
mengambil bidang otomotif di politeknik dan mereka berkongsi membuka bengkel
kereta di Kuala Lumpur setelah tamat pengajian, Meng Kong meneruskan perniagaan
ayahnya yang semakin berkembang manakala Nadira berkelulusan bidang fesyen
berkahwin dengan Shahrul dan membuka butik . Jamil berharap hubungan Badri dan
Siew Mei berakhir dengan perkahwinan.Bagi Badri pula dia berasa puas kerana
kawan-kawannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan yang lalu dan berharap
berjaya pula merenang gelora kehidupan mendatang sehingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment