Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 9 - Kerana Adat dan Pantang Larang



            Sejak hari itu, Hartini berasa tidak tenang.  Peristiwa Mak Sukin datang mengadu tentang pendirian suaminya kepada ibu Hartini turut menganggu fikiran Hartini.  Hartini berasa tidak berdaya untuk membantu kerana ayahnya sendiri tidak dapat memujuk Pak Morit. Namun Hartini bertekad untuk mencuba memujuk Pak Morit.  Pada keesokan hari, Hartini menziarahi Satiah.  Dia membawa kuih kegemaran Satiah iaitu bingka jagung.  Sewaktu Hartini sampai di rumah Satiah, Pak Morit berada di rumah.  Hartini memberitahu Mak Sukin tentang hasratnya ingin memujuk Pak Morit.  Mak Sukin dan Satiah membantah tindakan Hartini tetapi Hartini tetap ingin mencuba.  Hartini cuba untuk menerangkan keadaan Satiah kepada Pak Morit tetapi Pak Morit tetap berkeras dengan pendiriannya. Pak Morit tidak mempedulikan rayuan dan tangisan Hartini.  Hartini berasa sedih dan kecewa kerana usahanya memujuk Pak Morit gagal. Hartini pulang ke rumah dan memeluk ayahnya sambil menangis teresak-esak.  Hartini menceritakan peristiwa yang berlaku dan ibunya menasihatinya agar berhati-hati menangani masalah ini.  Ibu Hartini bimbang jika Pak Morit memutuskan hubungan antara dua keluarga ini.  Pada keesokan hari, Hartini menziarahi Satiah seperti biasa tetapi Satiah tiada di rumah kerana Pak Morit telah membawa Satiah berubat di Kampung Langsat.

No comments:

Post a Comment