Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Latar



Latar Masa
  1. Pagi   Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut.
  2. Petang   Contoh: Pada suatu petang setelah mereka tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.
  3. Malam Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya akibat keadaan Satiah yang masih lemah kerana bimbang penyakit Satiah berulang kembali.


Latar Tempat
  1. Di Kuala Lumpur   : tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.
  2. Di kampung Kuala Batu.   : sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu    : Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga PMR.
  4. Sekolah Menengah Gemilang Wawasan   : Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR.
  5. Johor Bahru   : Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.
  6. Kampung Langsat   : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun.


Latar Masyarakat
  1. Masyarakat bandar   : keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan untuk      berpindah ke kawasan pedalaman.
  2. Masyarakat orang Asli   : Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.
  3. Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional  : Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah benda kotor.
  4. Masyarakat pelajar   : Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan  PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.
  5. Masyarakat peniaga   : Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.
  6. Masyarakat pendidik   : Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

4 comments: