Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 3 – Sekolah Baharu Kawan Baharu


Hartini mula bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan dia dimasukkan ke Tingkatan Tiga Teratai.  Cikgu Malik, guru Tingkatan Tiga Teratai memperkenalkan Hartini kepada murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai.  Murid- murid Tingkatan Tiga Teratai menyambut baik kedatangan Hartini. Mereka berkenalan dengan rasa senang hati. Hartini berasa geli hati apabila mendengar nama rakan-rakan barunya yang pelik. Hartini mendapati tidak banyak perbezaan antara kelasnya yang dahulu dengan kelas baharunya. Kelas ini bersih dan susunan kerusi mejanya tersusun rapi. Hiasan kelas juga menarik. Perbezaan yang ketara adalah dari segi penampilan murid-murid. Baju, kasut dan beg sekolah mereka agak lusuh. Hal ini mungkin disebabkan kemiskinan. Selain itu, cara belajar mereka juga berlainan. Murid-murid di sini tekun mendengar pengajaran guru dan sangat menghormati guru-guru. Pada waktu rehat, Hartini berbual-bual dengan Ineng, Ambok, Satiah dan Sinda. Hartini mengajak rakan-rakannya mengulang kaji bersama-sama. Rakan-rakan Hartini  agak keberatan apabila Hartini mencadangkan mereka mengulang kaji di rumahnya. Mereka bimbang bapa mereka tidak memberi kebenaran. Hartini meminta mereka memujuk bapa masing-masing. Satiah menyatakan bahawa bapanya tidak suka dia bercampur dengan orang lain selepas waktu persekolahan. Bapanya akan memukul Satiah jika ada rakan-rakannya yang datang ke rumah. Hartini berasa simpati terhadap Satiah. Masalah Satiah ini mengganggu fikiran Hartini. Dia ingin Satiah belajar bersama-sama mereka kerana Satiah bijak dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hartini menceritakan masalah Satiah kepada ibunya. Ibunya memahami keadaan tersebut dan bercadang untuk berkunjung ke rumah Satiah tetapi Hartini melarang kerana bimbang Satiah akan dipukul oleh bapanya.

No comments:

Post a Comment