Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 5 – Ahli Baharu Keluarga Kami


            Pak Morit dan Mak Sukin datang ke rumah Encik Hasrul untuk menghantar Satiah. Ibu Hartini menjamu keluarga Pak Morit dengan hidangan makan tengah hari yang istimewa. Mulai hari itu, Hartini dan Satiah menjadi rakan belajar yang akrab. Satiah  seorang yang ringan tulang. Dia sering membantu ibu Hartini di dapur walaupun dihalang. Semua ahli keluarga Hartini menyayangi Satiah. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit juga semakin erat. Peperiksaan akan bermula tidak lama lagi. Ayah Hartini menasihati mereka berdua supaya bersedia menghadapi peperiksaan. Pada suatu hari, sewaktu Hartini dan Satiah mengulangkaji bersama-sama. Hartini berasa mengantuk dan ingin tidur sebentar. Dia meminta Satiah mengejutkannya. Hartini tersedar daripada tidur dan dia ternampak Satiah tidur tertiarap di atas katil. Hartini cuba mengejutkan Satiah tetapi tiada tindak balas dari Satiah. Hartini membalikkan badan Satiah dan mendapati ada kesan tompokan darah pada bantal. Hartini memberitahu ibu bapanya. Pak Morit dimaklumkan tentang perkara tersebut. Pak Morit menjelaskan bahawa mereka sudah biasa dengan penyakit Satiah dan dia telah membawa Satiah berubat dengan dukun. Menurut dukun, Satiah terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke satu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada di dalam tubuhnya. Ayah Hartini mencadangkan agar Hartini dibawa ke hospital tetapi dilarang oleh Pak Morit dengan alasan dukun yang mengubati Satiah tidak mengizinkan. Ayah Hartini memujuk Pak Morit agar bersetuju dengan cadangannya apabila keadaan kesihatan Satiah semakin merosot. Akhirnya Pak Morit bersetuju dan Satiah dibawa ke hospital.

No comments:

Post a Comment