Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 7 – Perpisahan Sementara



            Peperiksaan telah selesai.  Satiah dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat.  Encik Hasrul dan Pak Morit telah membawa Satiah ke hospital unutk rawatan lanjut namun doktor belum dapat mengesan punca sebenar penyakit Satiah.  Cuti sekolah bermula, Hartini mengikut neneknya pulang ke Johor.  Hartini akan mengikuti kelas komputer di sana.  Sebelum berangkat, Hartini berpesan kepada Satiah agar selalu datang melawat ibunya dan menjaga bilik mereka.  Hartini berasa sedih berpisah dengan Satiah. Satiah menitiskan air mata sebelum berpisah. Semasa berada di rumah nenek, Hartini selalu terkenangkan ibunya dan Satiah. Nenek memujuk Hartini dan berjanji akan menghantar Hartini pulang ke Jerantut selepas tamat kelas komputernya. Nenek meluahkan perasaan sunyinya kerana tinggal seorang diri. Anak bongsu nenek kini tinggal bersama abangnya di Ipoh. Nenek menghantarnya ke sana kerana dia terlibat dalam masalah sosial. Keesokan hari, Hartini dan nenek ke Bandar Pontian untuk mendaftarkan Hartini ke kelas komputer.  Nenek menasihati Hartini agar bijak memilih kawan.  Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Mak Leha yang baru pulang dari balai polis kerana anak lelakinya terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah.  Nenek menasihati Mak Leha agar bersabar.

No comments:

Post a Comment