Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 10 – Keruhnya Air yang Tenang



            Hubungan antara keluarga Satiah dan keluarga Hartini semakin renggang.  Mak Sukin berasa kesal dengan sikap suaminya yang semakin dingin  terhadap keluarga Encik Hasrul.  Encik Hasrul dan keluarga tidak menghiraukan sikap Pak Morit mereka tetap menziarahi Satiah. Hartini berasa hari-hari yang dilaluinya sudah tawar dan hambar. Dia hanya merasakan hubungannya dengan Satiah sahaja yang tetap utuh. Hartini cuba memberi sokongan dan semangat kepada Satiah.  Kini Satiah sudah boleh bangun dan berjalan sendiri. Satiah terpaksa mematuhi pantang larang dukun yang melarangnya memijak tanah selama beberapa hari. Hartini memberitahu Satiah bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada esok hari.  Hartini mengajak Satiah ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan namun Satiah pasti bapanya tidak membenarkannya pergi ke sekolah.

No comments:

Post a Comment