Pages

Wednesday, September 5, 2012

MERENANG GELORA - Bab 21 – Harapan



Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula.  Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

No comments:

Post a Comment