Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua
kaum iaitu Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah
mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu
Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang.
Hartini bersekolah di Sekolah Menengah
Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti
Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan
karibnya. Satiah seorang murid yang pendiam kerana latar belakang
dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil keputusan untuk
mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama
keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah.
Hubungan dan persahabatan antara dua
keluarga semakin erat. Namun pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah
telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Satiah menghidap penyakit barah
paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah dirawat di
hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak
Morit yang masih kuat berpegang kepada rawatan tradisional.
Penyakit Satiah
masih tidak menampakkan apa-apa perubahan sehinggalah tiba hari keputusan
peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang berjaya
memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung
dengan kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah
dirawat di hospital. Keadaan Satiah beransur pulih tetapi mereka terpaksa
berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
yang berasingan.
Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu,
antaranya dia telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah
yang mengedarkan pil ecstasy.
Semua dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah
berpeluang bertemu kembali sewaktu cuti persekolahan.
Namun pertemuan mereka
merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah telah kembali kerahmatullah.
Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia telah
menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya
No comments:
Post a Comment