Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 1 – Akur Akan Perintah


            Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh Encik Hasrul dan keluarga.  Walau bagaimanapun Encik Hasrul sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat baharu.  Encik Hasrul diarah bertugas di daerah pedalaman masyarakat Orang Asli di Pahang.  Pertukaran ini menyebabkan semua ahli keluarganya merungut kerana bimbang tidak dapat menyesuaikan diri tinggal di kawasan luar bandar. Encik Hasrul tetap tenang menerima rungutan daripada isteri dan anak-anaknya.  Berita pertukaran Encik Hasrul juga tersebar luas di kawasan perumahan mereka. Jiran-jiran mula bertanya tentang hal tersebut. Encik Hasrul berangkat ke Jerantut untuk membuat tinjauan tentang rumah baharu mereka. Encik Hasrul berpuas hati dengan keadaan rumah baharu mereka .  Mereka akan berpindah dalam masa seminggu lagi.  Perpindahan awal ini untuk menguruskan persekolahan anak-anak dan juga agar mereka   dapat menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

No comments:

Post a Comment