Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 8 – Berita Yang Membimbangkan



            Setelah selesai menduduki ujian komputer, Hartini dan nenek berangkat ke Jerantut. Ibu Hartini riang menyambut kepulangan Hartini dan nenek.  Setelah saling bertanya khabar, Hartini menuju ke biliknya. Dia mendapati biliknya kemas dan rapi. Ibunya memberitahu bahawa Satiah yang telah mengemaskan bilik tersebut.  Ibunya juga menceritakan bahawa Satiah disahkan menghidap barah paru-paru.  Hartini terkejut apabila mendengar berita itu.  Hartini terus menuju ke rumah Satiah. Dia pasti Satiah memerlukannya pada saat itu. Satiah menyambut kedatangan Hartini dengan senyuman yang tawar dan hambar.  Hartini menangis melihat keadaan Satiah. Dia menangis semahu-mahunya, begitu juga Satiah.  Satiah memohon maaf kerana tidak memberitahu Hartini tentang penyakitnya kerana bimbang akan mengganggu pelajaran dan cuti Hartini di Johor. Hartini menasihati Satiah agar tidak berputus asa dan Satiah mesti menguatkan semangatnya untuk melawan penyakit itu. Satiah memberitahu Hartini bahawa bapanya tidak bersetuju dengan cara perubatan moden malah dia menyesal kerana membenarkan Satiah dibawa ke hospital dulu. Mak Sukin menyuruh Satiah bersabar dan dia berjanji akan memujuk bapa Satiah supaya membenarkan Satiah berubat di hospital.

No comments:

Post a Comment