Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Hartini
  1.  Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.
  2. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.
  3.  Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.
  4.  Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar Satiah dirawat di hospital.
  5. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
  6.  Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.
  7. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan
Satiah
  1.  Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin
  2.  Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.
  3. Rakan karib Hartini
  4. Menghidap penyakit barah paru-paru.
  5. Seorang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .
  6. Seorang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.
  7. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan.
Encik Hasrul
  1. Suami kepada Puan Sarah .
  2. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.
  3. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di jabatan pertanian.
  4. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.
  5. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah untuk mendapatkan rawatan di hospital.
  6. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

6 comments: