Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Bab 2 – Tersalah Duga


            Keluarga Encik Hasrul berpindah ke Jerantut pada awal pagi.  Rumah mereka dibiarkan kosong tanpa penyewa. Ramai rakan ayah dan ibu Hartini yang datang berkunjung ke rumah untuk memberikan ucapan selamat jalan.  Akhirnya, Encik Hasrul sekeluarga selamat sampai ke Kampung Kuala Batu kira-kira jam 5.00 petang.  Masyarakat di Kampung Kuala Batu menyambut kedatangan Encik Hasrul sekeluarga dengan meriah.  Encik Hasrul  melayani penduduk kampung dengan mesra dan ceria walaupun beliau keletihan. Encik Hasrul dan keluarga berpuas hati dengan keadaan rumah baharu mereka yang agak selesa. Pada malam itu, anak-anak Encik Hasrul tidur dalam keletihan. Keesokan harinya, Hartini bangun dengan satu perasaan yang berbeza.  Dia sungguh damai kerana dapat menghirup udara segar pada pagi itu.  Dia berasa seronok mendengar muzik alam yang begitu asli.  Hartini tidak menduga keadaan di pedalaman ini begitu indah.  Jalan raya yang bertar dengan baik dan kampung tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas.  Keadaan rumah masyarakat Orang Asli juga telah berubah.  

No comments:

Post a Comment