Pages

Tuesday, September 4, 2012

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU - Teknik Plot

1. Teknik imbas kembali
a) Hartini tringat tentang kata-kata Cikgu Hanafi mengenai karangan Satiah (ms 19)
b)Encik Hasrul menceritakan kepada Hartini taktik Encik Kancho Tamang meyembunyikan rahsia dan mengelirukan pihak sekolah tentang penglibatannya dalam pengedaran pil ecstacy.(ms 105 &106)

2. Teknik imbas muka
a) Puan Sarah membayangkan kehidupan di perkampungan orang asli yang tidak mempunyai kemudahan asas. (ms2)
b) Ambok menyatakan ketidaksabarannya untuk mengambil keputusan peperiksaan. (ms67)

3. Teknik Saspen
a) Hartini tertanya-tanya sebab dia dipanggil oleh Cikgu Malik. (ms26)
b) Tindakan Pak Morit tidak membenarkan Satiah berkawan dengan orang lain menjadi tanda-tanya kepada Hartini dan keluarganya. (ms270)

4. Teknik Kejutan
a) Pak Morit terkejut mendapat berita bahawa anaknya terlibat dalam penagihan dadah dan meninggak dunia akibat AIDS. (ms29)
b) Hartini terkejut mendapati Satiah pengsan semasa mereka mengulangkaji pelajaran, (ms35)

5. Teknik Pemerian
a) Penerangan tentang situasi kenduri kesyukuran di rumah Encik Hasrul. (ms81)
b) Penceritaan ketika Hartini diarahkan keluar dari lokap dan dibawa berjumpa dengan Encik Hasrul, Puan Sarah, Pak Morit dan Mak Sukim. (ms102)

7 comments: